DISEMBER 2025

Premier Sarawak Tiba Di Bangkok Bagi Menyampaikan Ucaptama Di WDCE


BANGKOK, 8 Disember 2025 - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg tiba di Bangkok, Thailand pada Isnin bagi menghadiri program rasmi di sini.

Premier dijadualkan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Water: Driving Sarawak’s Resilient and Sustainable Future' di IWA Water And Development Congress & Exhibition 2025 (WDCE 2025) di Queen Sirikit National Convention Centre , jam 9 pagi pada Selasa. 

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang pada jam 12.25 tengahari waktu tempatan disambut Menteri Kedutaan Besar Malaysia ke Thailand Ahmad Hashim Mahmood. 

Sejurus itu, ketibaan Premier di hotel penginapan disambut Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah. 

Premier turut diiringi Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki. 

WDCE ialah acara global yang memberi tumpuan kepada air dan isu pembangunan di negara berpendapatan rendah dan sederhana.